Pada 13 April 2022 (Rabu) telah diadakan Program Kasih Ramadhan anjuran Pertubuhan Gerak Muafakat Malaysia bertempat di Dataran Insaf Penjara Seremban. Program ini bertujuan untuk menyantuni kira-kira 80 orang penghuni di Penjara Seremban.
Program bermula sejak jam 9 pagi dengan kakitangan Penjara Seremban bersama ahli Pertubuhan Gerak Muafakat Malaysia memasak bubur lambuk. Program petang bermula jam 5.30 petang dan antara pengisian majlis adalah Qasidah daripada penghuni Penjara Seremban, Perkongsian banduan melalui slot Mesej Dari Penjara, Ceramah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil, berbuka puasa, Solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan Solat Tarawih.
Antara yang turut hadir bersama memeriahkan program adalah YBhg. Dato’ Muhammad Azri bin Abu Bakar, Presiden Pertubuhan Gerak Muafakat Malaysia, PKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi, Pengarah Penjara Seremban, selaku tuan rumah yang menyambut kehadiran tetamu, PP Zakaria bin Mat Jusoh, Timbalan Pengarah Penjara Seremban serta 50 kakitangan Pertubuhan Gerak Muafakat Malaysia dan anggota penjara.
Program ini merupakan hasil dari pelaksanaan Developing a Rehabilitative Culture dimana masyarakat untuk terlibat sama dalam memberi sokongan untuk memulihkan banduan sekaligus melindungi masyarakat dalam menjadi future victim. Program ini juga adalah selaras dengan tema Sambutan Hari Penjara 2022 iaitu “Memperkasa Komuniti Koreksional”.