Pada 6 April 2022, Ahli Lembaga Hakim Pelawat Sesi 2021/2022 Negeri Pahang telah hadir ke Penjara Penor yang diketuai oleh En. Pezman bin Che Hussin, En. Mohd Taufek bin Taib, En. Mokmin bin Kasdi dan Pn. Najwa binti Hashim untuk membuat lawatan dan pemantauan ke atas pengoperasian dan program pemulihan di penjara. Lawatan dan tinjauan telah dibuat di Unit Perjumpaan, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Pejabat Rekod, Klinik Kesihatan Penjara, Blok Penempatan Banduan Bengkel Sabun dan Bengkel Sajian. Lawatan diakhiri dengan tandatangan Buku Lawatan oleh Ahli Lembaga.











