| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Dan Perbincangan Dua HalaPasukan Projek Mobile Recovery Treatment (MRT) AADK Negeri Sembilan Di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

06 April 2022 (Rabu) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menerima kunjungan hormat dan perbincangan dua hala daripada Pasukan Projek Mobile Recovery Treatment (MRT) Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sembilan (AADK). Turut hadir PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ, PP Rahmat bin Abdullah Timbalan Pengarah IPDJ dan Puan Maslia Irina Binti Mohd Ali Penolong Pengarah Cawangan Rawatan Perubatan dan Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sembilan (AADK) serta (7) orang kakitangan AADK. Perbincangan ini merupakan inisiatif di dalam Key Performance Indicator (KPI) 100 Hari YB Menteri Dalam Negeri.