Pada 30 Mac 2022 (Rabu), bertempat di Dewan Keris Laksamana, Penjara Sungai Udang telah diadakan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-232 Peringkat Penjara Negeri Melaka. Majlis telah disempurnakan oleh YDH TKP Roslan bin Hj Mohamed (Pengarah Penjara Negeri Melaka). Turut hadir YDH TKP S.Gunasegaran a/l Shammugam (Pengarah Penjara Sungai Udang), PKK Mohd Yunos bin Mohd Salleh (Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka) serta wakil-wakil Pengarah Institusi Negeri Melaka. Turut diundang, YDH SAC Che Datuk Razali bin Abu Samah (Pemangku Ketua Polis Negeri Melaka), wakil dari Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka, wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka, wakil Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Melaka, Yang Dipertua Bekas Pegawai Penjara (EXPOAM) Negeri Melaka, wakil Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka, Komandan Akademi Sukarelawan Malaysia Negeri Melaka, wakil Jabatan Pertanian Negeri Melaka dan Pengarah Syarikat Minda Wangsa Agro (M) Sdn Bhd. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Bakti Setia. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Taat Setia yang dipimpin oleh PP Nur Raudzah binti Mohamad Shahimi dan bacaan perutusan Komisioner Jeneral Penjara sempena Sambutan Hari Penjara Ke-232 yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut diadakan sesi pemakaian pangkat, pingat jabatan kepada kakitangan Penjara Negeri Melaka dan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Agensi Kerajaan Negeri Melaka di atas kerjasama semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Sungai Udang pada tahun 2021. Turut diadakan gerai jualan hasil pertanian dan produk Penjara Negeri Melaka.