| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Dan Perjumpaan Pengerusi Jabatan Bantuan Guaman Negeri Pahang Ke Penjara Penor

Pada 6 April 2022 Pengerusi Jabatan Bantuan Guaman Negeri Pahang, Pn Najwa binti Hashim telah hadir ke Penjara Penor untuk menemuramah banduan reman untuk membantu mempercepatkan proses perbicaraan banduan yang sedang menjalani perintah tahanan reman melalui permohonan 'plead guilty'.

Pada sebelah petang, telah berlangsung sesi taklimat kepada kakitangan Penjara Penor yang disampaikan oleh Pn Najwa binti Hashim berkaitan bidang tugas dan peranan Jabatan Bantuan Guaman di Wisma Sendayan. Tujuan taklimat ini adalah bagi memberi pendedahan tentang fungsi Jabatan Bantuan Guaman dan juga memberi info kepada orang ramai tentang Proses Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia.