| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Pengarah Penjara Negeri Melaka Ke Pusat Koreksional Jasin, Melaka

07 April 2022 (Khamis) Satu Lawatan Kerja oleh TKP Roslan bin Haji Mohamed,  Pengarah Penjara Negeri Melaka telah diadakan di Pusat Koreksional Jasin, Melaka.  Lawatan kerja tersebut disambut oleh PKP Zalina binti Mohd Yunus, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka  bersama PP Mohd Marzuki bin Ibrahim, Timbalan Pengarah dan TPP Aswari bin Che Ibrahim serta Pegawai Kanan institusi ini. Lawatan Kerja  tersebut dimulakan dengan sesi taklimat ringkas  daripada PKP Zalina binti Mohd Yunus yang diadakan di Bilik Mesyuarat Cempaka dan diikuti  dengan ucapan ringkas daripada TKP Roslan bin Haji Mohamed dan seterusnya Pengarah Penjara Negeri membuat lawatan ke Pejabat Pentadbiran,  Pejabat Pengoperasian,  Bengkel Dapur, Bengkel Jahit, Bengkel Dobi dan Blok Damai (penempatan penghuni). Sesi  Lawatan Kerja diteruskan  ke kawasan tanaman sayur-sayuran berbuah  seperti bendi, terung, serai, nanas, halia, keledek serta tanaman langskap  sayur-sayuran berdaun seperti sawi bunga, kangkung, kailan, sawi pendek, bayam,  kobis tanah rendah termasuk  tanaman   secara hidroponik seperti timun jepun dan tanaman secara fertigasi seperti cili kulai 461. Lawatan Kerja diakhiri dengan menandatangani Buku Pelawat di Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) institusi ini.