Majlis Perbarisan Sambutan Hari Penjara ke-232 Tahun 2022 Peringkat Institusi Penjara Pusat Sibu telah disempurnakan oleh PKP Hamad bin Seman, Pengarah Penjara Pusat Sibu bertempat di Padang Futsal, Penjara Pusat Sibu. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Bakti Setia yang terdiri daripada Pegawai Kanan, anggota lain-lain pangkat serta kakitangan awam Penjara Pusat Sibu. Majlis diteruskan dengan Pengarah Penjara Pusat Sibu membacakan Perutusan Komisioner Jeneral Penjara sempena Sambutan Hari Penjara ke-232 Tahun 2022. Sesi bergambar bersama anggota dan kakitangan mengakhiri perbarisan untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.
Bagi memeriahkan lagi suasana, pada sebelah petang telah diadakan Program Gotong-Royong di Surau Al-Taqwa, Karaoke dan Kejohanan Futsal diantara kakitangan turut dipertandingkan.