Program Ambang Ramadhan Peringkat Penghuni Penjara Kajang 1443H / 2022M telah diadakan pada hari Khamis, 31 Mac 2022 bertempat di Surau At-Taqwa, Penjara Kajang. Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Antara pengisian program ialah ucapan perasmian oleh TPP Mohd Zulfikrie bin Ismail, perkongsian motivasi oleh Encik Abd Haris bin Mohd Darudin, Ketua Unit Psikologi Penjara Kajang, persembahan sketsa dan nasyid sempena Ramadhan oleh banduan dan penyampaian cenderahati. Seramai 100 orang banduan bersama dalam program ini.