| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Dialog Bulanan Bil 1/2022 Pusat Koreksional Puncak Alam

31 Mac 2022 (Khamis) – telah Berlangsung Majlis Dialog Bulanan bil 1/2022 Pusat Koreksional Puncak Alam yang dipengerusikan oleh PP Mohd Ismawi Bin Sulong bertempat di Perkarangan Logistik, Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor.

Majlis dimulakan dengan Ceramah "Kenali Ubat Anda" khusus pengambilan ubat di Bulan Ramadhan yang disampaikan oleh Encik Mohamad Shafawie bin Mohamad Sidik, Pegawai Farmasi, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor(PKDKS) dan Puan Liyana Safira binti Sengari, Pegawai Farmasi, PKDKS turut serta Encik Haji Azahari bin Miswadi, Duta Prihatin Masyarat.

Selain itu, turut diadakan pembentangan Demo sistem, Submodul Deskripsi Tugas yang disampaikan oleh Puan Rosnah binti Abd jalil, Penolong Pegawai Tadbir serta tatacara penggunaan senjata Api baharu Pistol CZ P-10 C dan Perasmian Ihya Ramadhan oleh Unit Agama, Pusat Koreksional Puncak Alam.