01 April 2022 (Jumaat) - Bertempat di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah berlangsung Majlis Pelepasan Penghuni Bebas Berlesen kepada majikan iaitu Syarikat Darussalam Sdn. Bhd. Penghuni yang terlibat adalah seramai 30 orang perantis. Simbolik penyerahan disempurnakan oleh TKP Roslan bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka kepada Dato' Mohamed Nijamudeen bin Ibrahim, Pengarah Syarikat Darussalam Sdn Bhd. Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka PP Redzwan bin Saghil@Yusof serta wakil-wakil dari Syarikat Darussalam Sdn Bhd. Turut memeriahkan majlis ini, Kumpulan Irama Emas (Muzik Asli) Sekolah Henry Gurney Telok Mas turut mendendang beberapa buah lagu asli untuk para tetamu yang hadir Majlis berlangsung mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).