| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ambang Ramadhan Bersama Kakitangan Penjara Simpang Renggam Tahun 2022/1443H

29 Mac 2022 (Selasa)  1900 Hrs | Bertempat di Surau Ar- Raudah, Penjara Simpang Renggam Johor telah berlangsungnya Program Ambang Ramadhan bersama Kakitangan Penjara Simpang Renggam bersempena sambutan Israk Mikraj dan ambang Ramadhan anjuran Unit Agama, Jawatankuasa Surau Ar- Raudhah Penjara Simpang Renggam bersama  Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Negeri Johor. Ceramah bertajuk : Rahsia Solat & Booster Ramadhan telah disampaikan oleh penceramah undangan, Al-Fadhil Ustaz  Aizat Bin Shahadan dari Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Negeri Johor. Antara kandungan ceramah adalah berkaitan amalan-amalan sepanjang bulan Ramadhan antaranya : Bersahur, bersedekah, memperbanyakan doa, Solat sunat terawih, tadarus dan qiamullail. Anggaran kehadiran seramai (150) orang melibatkan kakitangan dan keluarga warga kerja Penjara Simpang Renggam. Program tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh PKP Hasrul Anwar Bin Hasim Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam selaku Pengerusi Surau Ar- Raudhah Penjara SImpang Renggam kepada penceramah undangan, Al-Fadhil Ustaz  Aizat Bin Shahadan dari Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Negeri Johor.