| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ke Penjara Puncak Borneo pada 29.03.2022 untuk melawat ke Pusat Vokasional Industri (PVI) Songket "SaraPride" Penjara Puncak Borneo disambut dengan penuh takzimnya oleh YBhg Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia serta Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, Komisioner Penjara Haji Ajidin bin Salleh dan juga Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKP Mohamad Rosidek bin Musa dan Pengarah Penjara Puncak Borneo, PKP Hamdan Salleh Bin Majin. Turut hadir bersama adalah Penaung Projek Inovasi Warisan Sarawak: Songket dan Keringkam YABhg Puan Sri Amar Hajjah Jumaa'ni Tun Tuanku Haji Bujang serta YB Dato' Sri Hajah Fatimah binti Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak dan YBhg Datu Dr Sabariah binti Putit, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan).

Program seterusnya diserikan lagi dengan Majlis Santapan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj bersama-sama dif-dif jemputan dari pelbagai agensi negeri serta persekutuan. Selain itu, peragaan tekstil Jabatan Penjara Malaysia juga turut dipersembahkan bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk dari Jabatan Penjara Malaysia.

Kesudian DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sulatan Iskandar Al-Haj mencemar duli ke kompleks Penjara Puncak Borneo menunjukkan sokongan dan keprihatinan yang tidak berbelah bahagi kepada komuniti kepenjaraan. Sokongan dan kerjasama lain-lain agensi sepanjang program ini juga mampu memberi ruang perhubungan yang lebih baik dan jitu kepada jabatan penjara serta orang awam.

Berucap di Majlis Santapan tersebut, YBhg Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad juga turut menceritakan serba sedikit sejarah Bengkel “SaraPride” serta usahasama yang telah dijalinkan bersama kerajaan Negeri Sarawak dalam menjayakan hasrat serta titah dari DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Sehingga kini jumlah Pusat Vokasional Industri (PVI) Songket "SaraPride" telah berjaya menghasilkan sebanyak 292 kain songket serta 4 selendang hasil kerja tangan dari penghuni penjara walaupun berdepan dengan pelbagai kesukaran akibat covid-19.