Pada 31 Mac 2022 (Khamis) jam 9 pagi bertempat di Dataran Pentas Muzium Penjara Malaysia, telah berlangsung Majlis Perasmian Pameran "Metamorfosis Di Sebalik Tembok" yang telah disempurnakan oleh YB. Dr. Muhamad Akmal Bin Saleh, Exco Kesihatan & Anti Dadah Negeri Melaka. Majlis turut dihadiri oleh YB. Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, ADUN Duyong Melaka, TKP Roslan bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP S.Gunasegaran A/L Shammugam, Pengarah Penjara Sungai Udang, Ketua-Ketua Institusi Negeri Melaka / Wakil, Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri & Persekutuan.
Pameran "Metamorfosis Di Sebalik Tembok" ini bertujuan memperkenalkan kepada masyarakat umum mengenai bentuk hukuman dalam sistem kepenjaraan bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Zaman Penjajahan British, Zaman Pendudukan Jepun sehingga masa kini. Pameran ini akan berlangsung sehingga Jun 2022.
Majlis ini telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat kepada program-program yang dijalankan untuk memberi kesedaran & mendidik orang ramai agar menjauhi jenayah. Beliau juga telah turut mempromosikan Muzium Penjara Malaysia agar menjadi satu tempat pelancongan yang wajib dilawati oleh masyarakat dalam & luar negara. Yang Berhormat juga telah dibawa melawat ke pameran-pameran sekitar dalam muzium dan majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.