Pada 30 Mac 2022 (Rabu) Unit Agama Islam, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Negeri Kelantan (YADIM) telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah kepada anggota, ahli PERSIAP dan Rakan Muda. Seramai 65 orang peserta yang mengikuti kursus ini. Program dimulai dengan upacara perasmian kursus oleh pengarah YADIM Negeri Kelantan Al-Fadhil Ust. Mahadi bin Awang. Program diteruskan dengan ceramah teori dan praktikal pengurusan jenazah sepertimana yang dituntut oleh islam. Program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang dianjurkan. Program turut dihadiri oleh Penguasa Penjara Tuan Mohd Rusli bin Abd Rahman pemangku pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang yang turut menyampaikan cenderahati kepada Pengarah YADIM.