Pada 23 Mac 2021 (Rabu) di Auditorium, Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah diadakan Forum Khas sempena sambutan Hari Penjara kali yang ke-232. Tema forum adalah "Memperkasakan Komuniti Koreksional". Objektif forum ini diadakan adalah untuk berkongsi dengan komuniti tentang program pemulihan yang menembusi tembok penjara iaitu pemulihan bersama komuniti. Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dan Pemindahan (BHEAP) telah diamanahkan sebagai urusetia Forum. Seramai 5 orang ahli panel telah dijemput antaranya :
1. Puan Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan
-Media / Selebriti
2. YBhg. Dato' Moktar bin Mohd Salleh
-Pengarah Korporat Sumber Manusia
Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn. Bhd
3. Ustaz Haji Mohd Meeftah Haji Anuar
-Penolong Pengarah Kanan JAKIM, Putrajaya
4. Encik Kuan Chee Heng
-Aktivitis Sosial
5. PKP Shirley a/k Jungot
-Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kedah
Forum ini telah mengupas isu-isu tentang:
1. Peranan dan pendekatan pihak media dalam membantu kerajaan khususnya Jabatan Penjara dalam usaha membantu bekas banduan untuk kembali dalam komuniti.
2. Peranan syarikat korporat dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada penghuni.
3. Peluang kedua diberikan kepada banduan dan bekas banduan dari perspektif islam.
4. Peranan serta penglibatan aktivis dalam membantu bekas banduan/ banduan untuk kembali ke pangkuan masyarakat dan berjaya dalam kehidupan
5. Penglibatan Jabatan Penjara Malaysia dan komuniti dalam program di luar tembok penjara.
Secara keseluruhannya, forum ini telah mencapai objektif penganjuran yang mana, komuniti mulai faham tentang pemulihan dalam komuniti. Kesemua ahli panel bersependapat bahawa tugas mengembalikan bekas banduan ke pangkuan masyarakat adalah tugas semua pihak. Komuniti hendaklah memberi sokongan yang padu kepada Jabatan Penjara Malaysia dalam usaha untuk mengembalikan banduan ke pangkuan masyarakat.