| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gantian Kad Pengenalan Banduan Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor

27 Mac 2022, Ahad – berlangsung Program Gantian Kad Pengenalan Banduan bertempat di Pejabat Rekod, Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor. Seramai 10 banduan yang telah membuat permohonan awal melalui Unit Kebajikan terlibat sepanjang program ini berlangsung.


Seramai 6 orang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlibat dalam Program Gantian Kad Pengenalan Banduan ini yang diketuai oleh Puan Nurbaizura binti Zulkifli, Unit Mobile (Bahagian Kad Pengenalan) termasuk 3 kakitangan Pusat Koreksional Puncak Alam yang di ketuai oleh KIP Muhammad Danial bin Ahmad Sidi, Pegawai Yang Bertugas (PYB), Encik Mohd Amry bin Minggo, Pegawai Kebajikan dan KPL Shahkirin bin Zainal, Pejabat Rekod.