| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perbarisan Sambutan Hari Penjara Ke 232 Peringkat Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan Tahun 2022

25 Mac 2022 (Jumaat), Bertempat di Dataran Penjara Tawau, berlangsung Majlis Perbarisan Sambutan Hari Penjara ke 232 Peringkat Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan bagi Tahun 2022.
Perbarisan disempurnakan oleh YDH TKP HAJAH NORA BINTI MUSA, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan bersama PKK ADB RAUF BIN LANG PASIH, Pengarah Penjara Tawau dan ketua-ketua Institusi dalam Negeri Sabah & W.P Labuan.
Diantara Pengisian di Majlis tersebut didahului dengan Bacaan Doa oleh Al-Fadil Ustaz Ubaedillah Bin Sodiq, Pegawai Hal Ehwal Islam Institusi Penjara Tawau dan bacaan Lafaz Ikrar Jabatan oleh PPP Harun Bin Ismail.
Pengumuman Pertandingan Dokumentasi Covid 19 Institusi Penjara Sabah & W. P Labuan dan Pemakaian Pangkat kepada 37 orang anggota pelbagai pangkat bagi Institusi Penjara Tawau seterusnya Ucapan Perutusan Komisoner Jeneral Penjara Malaysia yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan YDH TKP Hajah Nora Binti Musa.
Majlis diakhiri dengan seisi bergambar bersama YDH TKP HAJAH NORA BINTI MUSA dan ketua ketua Institusi dalam Negeri Sabah & W.P Labuan.