25.03.2022 (Jumaat), Program Khidmat Komuniti dan Program Intervensi Orang di Parol (OPD) bersama Kakitangan Penjara Tawau serta Komuniti setempat di Pulau Omadal, Semporna, Sabah.
Turut hadir di Program ini ialah YDH TKP HAJAH NORA BINTI MUSA, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W. P Labuan bersama PKK ABD RAUF BIN LANG PASIH, Pengarah Penjara Tawau dan Ketua-ketua Institusi Penjara dalam Negeri Sabah & W. P Labuan serta Ketua-ketua Bahagian Pejabat Pengarah Negeri Sabah.
Berikut antara aktiviti-aktiviti di dalam Program tersebut:-
- Kerja-kerja pembersihan dan keceriaan sekitar Surau Al-Awaluddin Pulau Omadal, Semporna.
- Pemberian Sumbangan Keperluan Asas Surau
- Ceramah Agama bertajuk Tazkirah Ambang Ramadhan yang disampaikan oleh Ust. SP ABD MANNANG BIN LAANG, Pembantu Guru Agama (PGA) Penjara Tawau.