| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Hari Tibi Sedunia Peringkat Institusi Penjara Simpang Renggam, Johor

28 Mac 2022 (Isnin), 1000 Hrs | Bertempat di Dewan Angsana, Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan Program Hari Tibi Sedunia peringkat kakitangan dan penghuni Penjara Simpang Renggam, Johor. Program anjuran bersama Unit Klinik Dalam Penjara Simpang Renggam, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dan Unit Kawalan Tibi Kusta, Jabatan Kesihatan Negeri Johor ini dimulakan dengan sesi ceramah kesedaran Penyakit tibi dan Hepatitis C yang telah disampaikan oleh Dr. Atikah Binti Hamdan daripada Klinik Dada Pejabat Kesihatan Daerah Kluang. Kemudian, aturcara program diteruskan lagi dengan saringan ujian penyakit Tibi dan Hepatitis C terhadap kakitangan dan banduan yang dilaksanakan oleh petugas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Johor. Program ini disertai seramai (17) orang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia , (30) orang pegawai dan anggota Penjara Simpang Renggam dan (120) orang banduan. Program tamat pada jam 1200 Hrs tengahari.