Pada 20 Mac 2022 (Ahad), telah diadakan Majlis Sambutan Hari Keluarga Peringkat Penjara Seremban bertempat di Dataran Angsana Height dan Dewan Wawasan Penjara Seremban. Program ini telah dirasmikan oleh PKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi, Pengarah Penjara Seremban melibatkan seramai 200 kakitangan dan keluarga. Antara pengisian program adalah acara senamrobik, sukaneka, pertandingan khemah tercantik, gubahan pulut kuning, pertandingan mewarna dan indoor games bertempat di Dataran Terbuka Angsana Height. Pada sebelah malam telah diadakan Majlis Apresiasi Kakitangan Penjara Seremban. Antara pengisian majlis adalah penyampaian hadiah pakaian beragam kanak-kanak serta penyampaian hadiah kepada anggota yang telah berpindah dan cabutan bertuah. Majlis turut dihadiri oleh PKP Shahrom bin Mohamad Pengarah Institusi Penjara Jelebu, PYM Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin PPP Mohd Rani bin Zakaria, wakil Ex-Poam serta wakil dari HMPPS yang terlibat dalam Pilot Project Developing A Rehabilitative Culture.