| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Daripada Wakil Her Majesty's Prison And Probation Service Ke Muzium Penjara Malaysia, Melaka

12 March 2022 (Sabtu) - Muzium Penjara Malaysia, Melaka telah menerima kunjungan daripada Her Majesty's Prison and Probation Service (HMPPS) iaitu Mr. Douglas Graham, Governor of HMP Isle of Wight, United Kingdom, Mr. David Redhouse Governor of HMP Huntercombe, United Kingdom dan Mrs. Deborah Hulston, United Kingdom Probation Officer. Rombongan ini telah diketuai oleh PKK Tey Hock Soon Timbalan Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, dibantu oleh PP Norulekhsan bin Abdul Rahim Ketua Seksyen Komuniti, PPP Nobin Chaudry Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti dan IP Surentharan Pegawai Parol Daerah Wangsa Maju.

Delegasi ini telah disambut oleh PP Mohd Saifullah bin Md. Akhir, Pengarah Muzium Penjara Malaysia dan memulakan aktiviti lawatan ke tapak pameran dan Café Kopi Jail. Di dalam lawatan ini mereka telah didedahkan tentang sejarah penubuhan Muzium Penjara dan cara pengendaliannya selain memperkenalkan premis ini sebagai salah satu institusi yang membantu dalam pencegahan jenayah kepada golongan muda terdiri daripada pelajar sekolah dan pelajar universiti kepada delegasi luar negara. Dalam lawatan tersebut, Mr. Douglas Graham dan Mr. David Redhouse turut berkongsi pandangan berkaitan perlaksanaan hukuman oleh institusi di Malaysia dan institusi di British.

Diakhir lawatan ini, mereka menzahirkan penghargaan dan berpuas hati dengan penerangan oleh pihak muzium di setiap pameran dan lokasi yang telah dilawati.