Pada 15 Mac 2022 (Selasa) , Institusi Penjara Penor diketuai oleh Pengarah Penjara Penor PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi telah membuat kunjungan hormat ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Rombongan disambut oleh CEO Maahad Tahfiz Negeri Pahang Ustaz Mohd Khalid B Mohd Zari Al-Hafiz. Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Institusi Penjara Penor khususnya dalam menjayakan program pengajian Tahfiz Baitul Hikmah Penjara Penor. Turut dibincangkan adalah laluan masa depan bagi penghuni-penghuni Penjara Penor yang mengikuti program Tahfiz Baitul Hikmah setelah dibebaskan kelak.