| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Lapangan Pegawai-Pegawai Her Majesty's Prison & Probation Service (HMPPS) United Kingdom Ke Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah Dan Kompleks Mahkamah Negeri Melaka

Pada 11.3.2022 Parol dan Perkhidmatan Komuniti Melaka telah menerima lawatan dari Pegawai Her Majesty's Prison and Probation Service (HMPPS) United Kingdom bagi melihat pengoperasian Program Parol di Melaka khususnya Pelaksanaan Program Perintah Kehadiran Wajib. Delegasi United Kingdom diketuai oleh Mr. David Redhouse bersama Ms. Deborah Hulston.

Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka PKK Mohd Yunos bin Mohd Salleh menyambut kedatangan delegasi bersama wakil dari Parol IPPM diketuai PKK Tey Hock Soon. Taklimat keseluruhan pengoperasian parol Melaka telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Parol Melaka PP Shaharudin bin Ahmad. Manakala taklimat operasi lapangan Pesalah Perintah Kehadiran wajib di Melaka Sentral disampaikan oleh KIP Mohd Reduan bin Yusop.

Pada sebelah petang, delegasi Her Majesty's Prison United Kingdom bersama Pegawai Parol Negeri Melaka dan Parol IPPM mengadakan lawatan ke Kompleks Mahkamah Negeri Melaka. Y.A Puan Maidzuara binti Mohammed Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Melaka menyambut kedatangan delegasi. Taklimat hukuman Perintah Kehadiran Wajib disampaikan oleh YA Mohamad Izwan bin Mohamed Noh.