| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sesi Naziran Lembaga Parol 1 Bersama Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah

Pada 14 hingga 15 Mac 2022, Lembaga Parol 1 telah mengadakan Sesi Naziran di Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah dan bertujuan berjumpa dengan majikan dan Orang Diparol (ODP) yang bekerja di bawah program Corporate Smart Internship (CSI) di Melaka. Pengerusi Lembaga Parol 1 Y.A Dato' Habibah binti Mohamed Yusof telah disambut oleh Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka iaitu PKK Mohd Yunos bin Mohd Salleh. Antara syarikat CSI yang dilawati bagi melihat tempat ODP bekerja ialah Syarikat Fatimah Food Products, The Nyalas Rubber Estate, Syarikat Saanen Utama dan Felcra Ramuan Cina.