| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Sub Bahagian Kewangan Kdn Ke Penjara Penor

Pada 14 Mac 2022 (Isnin), Institusi ini telah menerima kehadiran Lawatan Kerja Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pn Nor Azizati Bt Hamzah dan Pengarah Kewangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) YBhg. Dato Khairul Khar Bin Yahya. Hadir bersama YH Dato Abu Hassan Bin Husain Pengarah Penjara Bentong yang menjalankan tugas Pengarah Penjara Negeri Pahang dan PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Penor. Sesi lawatan telah dibuat ke Tapak Projek Bangunan Latihan Tenun,Kolam Penternakan Ikan Air Tawar, Bengkel Tenun, Bengkel Sabun Pencuci, Dapur Penghuni dan Pusat Transit Penerimaan (PTP). Impak positif hasil lawatan ini Pihak kewangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat memahami keperluan sebenar di peringkat institusi dengan melihat sendiri program-program yang dijalankan.