Pada 08 mac 2022 hingga 10 Mac 2022 , Institusi ini telah menganjurkan Kursus Asas Pegawai Sebat Rotan Peringkat Penjara Negeri Pahang Siri 1/2022 bertempat di Penjara Penor. Kursus yang dikelolakan oleh ULIN Penjara Penor ini telah dihadiri oleh tujuh anggota dari Penjara Penor dan sembilan anggota dari Penjara Bentong. Kursus ini dijalankan dibawah pengawasan tiga jurulatih sebat rotan Penjara Penor. Pengisian kursus ini termasuk latihan kecergasan dan jasmani, kelas berkaitan pengurusan Rekod serta teknik sebat rotan yang berkesan. Di akhir kursus telah diadakan penilaian kepada peserta bagi melihat keberkesanan dan pemahaman sepanjang kursus dijalankan. Pegawai penilai yang terlibat adalah TKP Dato' Abu Hasan bin Hussain (Pengarah Penjara Bentong yang menjalankan tugas Pengarah Penjara Negeri Pahang), PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi (Pengarah Penjara Penor) dan PP Toniy Morino@Mohd Faizal bin Jidin (Timbalan Pengarah Penjara Penor). Seterusnya dijalankan majlis penyerahan sijil dan penutupan kursus oleh TKP Dato' Abu Hasan bin Hussain.