PERJUMPAAN KHAS Timbalan Pengarah (Agama), Bahagian Agama dan Kaunseling, IPPM bersama Pegawai Kader JAKIM dan Pembantu Guru Agama (PGA) Institusi-institusi Penjara Negeri Perak telah diadakan pada hari Khamis, 03 Mac 2022 di Dewan Long Jaafar, Penjara Taiping. Majlis dimulakan dengan Amanat oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Anuar Hakim bin Mohd Salleh dan Sesi Pembentangan Laporan Tahunan 2021 dan Perancangan Tahun 2022 oleh Ketua-ketua Unit Agama Institusi-institusi Penjara Negeri Perak. Penyampaian Cenderahati daripada Bahagian Agama dan Kaunseling IPPM kepada semua Pegawai Kader JAKIM telah disempurnakan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Anuar Hakim bin Mohd Salleh. Manakala Cenderahati Kenangan daripada Penjara Taiping kepada YBhg. Al-Fadhil Ustaz Anuar Hakim bin Mohd Salleh dan semua wakil Institusi-institusi Penjara Negeri Perak telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Firdaus bin Abdullah, Ketua Unit Agama Penjara Taiping. Majlis bermula jam 10.30 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.