| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Amanat Dan Ramah Mesra Timbalan Menteri Dalam Negeri I Bersama Pegawai Kanan Penjara Simpang Renggam Johor

7 Mac 2022 (Isnin) 1600 HRS | Bertempat di Wisma Setia, Penjara Simpang Renggam telah diadakan Majlis Amanat dan Ramah Mesra YB Timbalan Menteri Dalam Negeri I Bersama Pegawai Kanan Penjara Simpang Renggam. Ketibaan Yang Berhormat Dato' Sri Dr Hj Ismail bin Hj Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I disambut oleh YDH Pengarah Penjara Negeri Johor, TKP Meor Azizi Sapawi bin Hj Ahmad Sepuan bersama PKP Hairol Hisham bin Mohd Harith, Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru dan PKP Hasrul Anwar Bin Hasim, Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam. Majlis turut diserikan dengan upacara gimik penyerahan bendera Negeri Johor yang disempurnakan oleh YDH Pengarah Penjara Negeri Johor kepada Pengurus Kontinjen Bowling Negeri Johor yang akan bertanding pada Kejohanan Bowling Jabatan Penjara Malaysia di Kuching, Sarawak dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri. Majlis berakhir pada jam 1730 petang.