22 Februari 2022 (Selasa), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Program Khidmat Komuniti di Asrama Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin, Melaka. Program ini selaras dengan Perintah Tetap Komisioner Jeneral Bil. P201/2019 Perkara 4.2, "Banduan yang terpilih akan mengikuti aktiviti program di luar penjara tidak melebihi 40 km dari sesebuah penjara atau seperti yang diluluskan oleh Komisioner Jeneral". Program ini juga merupakan julung kali diadakan pada tahun ini.
Aktiviti program adalah bagi membersihkan kawasan persekitaran luar asrama, kolam ikan dan membaiki gelanggang sepak takraw di samping dapat memberi peluang kepada Orang DiSelia beradaptasi bersama masyarakat setempat. Seramai (20) Orang DiSelia dan (17) Kakitangan Pusat Koreksional Jasin terlibat dalam progam ini. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Khaidira Binti Datuk Abu Zahar, ADUN RIM merangkap Timbalan Speaker DUN Melaka dan PKP Zalina Binti Mohd Yunus Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Program ini diakhiri dengan penyampaian sumbangan Al-Quran dan hamper makanan kepada wakil anak yatim, Pengurus Asrama Tn Hj Abdul Ghafar bin Mohd Yusof.