Pada 01 Mac 2022 ( Selasa ) telah diadakan Majlis Dialog Bulanan dan Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Kebajikan Penjara Penor Kali Ke- 19, bertempat di Dewan Melati Penjara Penor ,majlis tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Kanan, Anggota Lain-Lain Pangkat serta kakitangan Awam. Pada majlis tersebut Pengarah Penjara Penor, PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi telah merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Kebajikan Penjara Penor Kali Ke- 19.