Pengarah Penjara Negeri Sabah dan WP Labuan, TKP Hajah Nora binti Musa telah mengadakan kunjungan hormat keatas Ketua Menteri Sabah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Hajiji bin Haji Noor. Turut serta dalam pertemuan ini ialah Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah iaitu PKK Rosman Norman, Penjara Wanita Kota Kinabalu PKP Kesumawati binti Ilas dan Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu PP Alik bin Makim.
Di antara tujuan kunjungan hormat ini ialah bagi mengadakan perbincangan dan mengukuhkan lagi hubungan di antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Penjara serta perkongsian berkaitan usaha-usaha untuk menjayakan agenda Transformasi Penjara. Mengiringi delegasi tersebut adalah PP Jeremy Jahir, Ketua Bahagian Kepenjaraan PPNSL, PPP Onasis bin Hj Abdul Husin Komandan PRP Tuaran dan pegawai-pegawai Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah dan WP Labuan.