| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2022

Pada 18 hingga 20 Februari 2022 bertempat di Stadium Tertutup Perbadanan Stadium Kluang, Johor telah diadakan Kejohanan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia tahun 2022 anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia dengan kelolaan Penjara Simpang Renggam, Johor. Kejohanan Sepak Takraw ini disertai oleh 12 Kontinjen yang terdiri daripada Penjara Negeri Johor (Johor A/ Johor B), Negeri Kelantan, Negeri Terengganu, Negeri Pahang (Pahang A/ Pahang B), Penjara Negeri Melaka, Penjara Negeri Selangor (Selangor A/ Selangor B), Penjara Negeri Perak, Penjara Negeri Pulau Pinang dan Penjara Negeri Kedah yang melibatkan penyertaan seramai 171 orang peserta.

Mesyuarat dan taklimat kejohanan telah diadakan di Wisma Setia, Penjara Simpang Renggam pada 17 Februari 2022 yang melibatkan ketua pengadil, pengurus dan jurulatih pasukan yang bertanding. Mesyuarat dan taklimat tersebut dipengerusikan oleh TKP Meor Azizi Sapawi bin Hj Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Negeri Johor selaku pengerusi pengelola Kejohanan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia 2022.

Acara kejohanan dimulakan dengan perlawanan acara antara regu yang berlangsung pada 18 Februari 2022. Kemudian, Perlawanan bagi kategori Berpasukan bermula pada 19 Februari 2022 dan final kejohanan berlangsung pada 20 Februari 2022.

Majlis penutup Kejohanan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia 2022 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha TKJP Abd Kadir Bin Rais, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia (Pengurusan).

Berikut adalah keputusan pemenang bagi Kejohanan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia 2022:


Acara Antara Regu
Johan : Selangor A1
Naib Johan : Johor A1
Ketiga bersama : Johor A2 & Melaka A

Acara Berpasukan
Johan : Melaka
Naib Johan : Selangor A
Ketiga Bersama : Kelantan & Johor A

Kategori Pemain Terbaik
Tekong terbaik : Mohd Hafiz Bin Mohd Noor (Melaka)
Apit kanan terbaik : Muhammad Al-Siddiq Bin Hashim (Johor)
Apit kiri terbaik : Julkifli Bin Orin (Selangor)