Pada 30.12.2021 (Khamis) bertempat di Dewan Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Johor di antara KP Haji Abd Wahab bin Haji Kassim dan TKP Meor Azizi Sapawi bin Haji Ahmad Sepuan. Majlis tersebut telah disaksikan oleh YBhg. TKJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia (Keselamatan Dan Koreksional). Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Johor serta Pegawai – pegawai kanan dari institusi-institusi Penjara Negeri Johor. Turut hadir sama pada majlis ini adalah Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) BN 5 Simpang Renggam dan Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara.