Pada 12 Januari 2022 ( Rabu ) bertempat di Bilik Gerakan Penjara Simpang Renggam telah diadakan majlis menandatangani perjanjian usahasama bersama syarikat Tarmah Sewing Machine (M) Sdn. Bhd. Turut hadir pada majlis ini TKP Meor Azizi Sapawi bin Haji Ahmad Sepuan Pengarah Penjara Simpang Renggam, PKP Hasrul Anwar bin Hasim Timbalan Pengarah, PP Mohd Rehan bin Haji Khamis Penguasa Penjara dan pegawai-pegawai daripada Unit Perusahaan Penjara Simpang Renggam.