| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perhimpunan Setia Peringkat Penjara Negeri Johor 1/2022

Pada 16 Januari 2022 (Ahad). Bertempat di Dewan Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan Majlis Perhimpunan Setia Peringkat Penjara Negeri Johor Bil 1/2022 melibatkan seramai 130 orang kakitangan dari pelbagai institusi Penjara Negeri Johor. Majlis disempurnakan oleh Pengarah Penjara Simpang Renggam merangkap Pengarah Penjara Negeri Johor, TKP Meor Azizi Sapawi bin Haji Ahmad Sepuan.  Turut   hadir   pada   majlis   tersebut adalah PKP Hasrul Anwar Bin Hasim Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam, PKP Helmi Bin Abd Zamani, Timbalan Pengarah Penjara Kluang, Pegawai Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor, Komandan PRP Kluang, Pegawai Parol Daerah Kluang, Pegawai Parol Daerah Batu Pahat, Pegawai Unit K9 Zon Selatan dan Kakitangan Penjara Negeri Johor. Majlis bermula pada jam 08.30 pagi. Antara pengisian majlis adalah Amanat Tahun Baharu 2022 Pengarah Penjara Negeri Johor dan pemakaian Pingat Perkhidmatan Am (PPA) dan Pingat Am Penjara (PAP) kepada seramai 14 orang penerima. Majlis berakhir pada jam 10.00 pagi.