Pada 16 Februari 2022 (Rabu) pada Jam 3.00 petang, Pegawai dari Counter Terrorism Team, UNODC (Regional Office for South East Asia and Pacific- ROSEAP), UNODC telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Komisioner Jeneral Penjara (KJP) bertempat di Bilik Mesyuarat Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Kehadiran dari pihak UNODC seramai 5 orang iaitu:
1. Mr. David Izadifar (Rigional Program Cordinator and Team Leader)
2. Mr. Nikki Esse de Lang (Counter- Tettorisma Advisor)
3. Mr. Ekraj Sabur (Program Officer)
4. Ms. Karboon Petchuerangrong (Program Assistant
5. Mrs. Asma Sainkoudje (Head of UNODC Program, Malaysia Office)
Fokus perbincangan dalam kunjungan hormat ini meliputi
i. Perkongsian pengalaman pengurusan dan pemulihan banduan yang terlibat dalam kesalahan keganasan
ii. Khidmat sokongan yang boleh diberikan oleh UNODC Seperti sokongan peralatan, latihan, menyediakan subgrant
iii. Bantuan dalam bentuk meningkatkan keperluan peralatan dan infrastruktur program pemulihan di penjara.
iv. Pemindahan warga asing yang terlibat dengan aktiviti keganasan ke negara asal
v. Penempatan pegawai di institusi penjara luar negara