Pada 16 Februari 2022 (Rabu) Jam 9.30 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Persidangan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) telah diadakan sesi pembentangan kepada YBhg. Dato’ Komisioner Jeneral Penjara (KJP) oleh Pasukan Penyelidik yang menjalankan kajian bagi membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE). Pembentangan ini merupakan hasil dapatan temubual bersama banduan radikal yang telah diadakan pada 20 Disember 2021 yang lalu.
Seramai 3 Orang Pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan 12 orang Penyelidik dari pelbagai Universiti telah hadir ke sesi ini. Objektf kajian ini adalah:
I. Memahami jenis kesalahan fahaman pelampau agama dikalangan banduan
II. Mendapatkan pandangan mengenai faktor yang mendorong kepada fahaman pelampau keganasan
III. Mendapatkan pandangan banduan terhadap keberkesanan program deradikalisasi yang telah dijalankan
IV. Mencadangkan penambahbaikan polisi dan program deradikalisasi sedia ada.
Sesi ini telah berakhir pada jam 1.00 petang dengan pelbagai pandangan telah diberikan oleh pasukan penyelidik dan pengurusan Jabatan Penjara Malaysia bagi mencapai misi dan objektif penyelidikan.