Pada 17 Februari 2022 bertempat di Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah diadakan Program Persediaan Pekerjaan oleh PERKESO Pulau Pinang dengan kehadiran 25 orang peserta yang terdiri daripada Orang Diparol, bekas Orang Diparol, bekas banduan, Orang Diselia, Pesalah Perintah Kehadiran Wajib dan bekas Pesalah Perintah Kehadiran Wajib. Program ini telah dijayakan oleh empat orang pegawai dari PERKESO Pulau Pinang yang diketuai oleh Encik Zulhabri bin Halim.
Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan dan persediaan kepada peserta sebelum disesuaikan dengan majikan yang menawarkan pekerjaan. Peserta juga ditemuduga bagi tujuan profiling dan kaunseling pekerjaan.