| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Jabatan Bantuan Guaman Selangor Ke Pusat Koreksional Puncak Alam

14 Februari 2022 – Satu Kunjungan hormat Jabatan Bantuan Guaman, Selangor ke Pusat Koreksional Puncak Alam iaitu Puan Norhayati binti Johar, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Selangor, Puan Atifah Hazimah binti Wahad, Pegawai Undang-Undang Jabatan Bantuan Guaman, Selangor dan Encik Abdul Rashid bin Salkon, Penolong Pegawai Undang-Undang Jabatan Bantuan Guaman, Selangor.


Kunjungan ini disambut oleh PKP Wan Rosli bin Dollah, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam, dan PP Mohd Ismawi bin Sulong, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam, TPP Gudam Anak Diai, Sektor Keselamatan dan Inteligen, Pusat Koreksional Puncak Alam serta Pegawai Pejabat Rekod dan Pegawai Kebajikan.


Antara objektif utama kunjungan adalah bagi membincangkan dan menyampaikan beberapa perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Bantuan Guaman seperti Litigasi berkaitan Prosiding Jenayah, Sivil dan Syariah, Perkhidmatan Pengantaraan, Khidmat Nasihat serta Khidmat Pedamping Guaman kepada semua warganegara yang layak.