10 Februari 2022 – berlangsung Sambutan Tahun Baru Cina 2022 peringkat Pusat Koreksional Puncak Alam yang diadakan di Perkarangan Pentadbiran Pejabat Operasi Unit Pemulihan. Seramai 19 banduan muda telah diraihkan bagi sambutan kali ini.
Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh PP Mohd Ismawi bin Sulong Timbalan Pengarah, Pusat Koreksional Puncak Alam dan ucapan wakil daripada Encik Sifu Law Han Hong daripada Persatuan Masyarakat prihatin Zi Zai Yuan Kuala Lumpur. Turut hadir TPP Muhammad Faris bin Rusli , Ketua Sektor Pengurusan Banduan, Pusat Koreksional Puncak Alam.