Pada 07 Februari 2022 (Isnin) bertempat di Dewan CD, Penjara Kajang telah diadakan Program Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Kajang. Seramai 210 penghuni yang terlibat dalam program tersebut. Majlis telah disempurnakan oleh,PKP Muhammad Kamal Shamsuddin, PKP Anbalagan A/L Subramaniam. KIP Mohd Shahril bin Yahaya dan IP Tharumanraj A/L Nadaraja (Pegawai Penyelaras Lain-Lain Agama) dan Pengerusi NGO Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan di Kuala Lumpur En.Chang Kian Hock dan Pegawai-pegawai Pemulihan. Majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian singa dan nyanyian koir sebagai tanda perasmian. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan warga penghuni penjara yang berketurunan Cina serta mewujudkan satu perhubungan yang baik antara wakil-wakil NGO dengan pihak Penjara. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari.