08 Februari 2022 – berlangsung Perhimpunan Bulanan (Februari) dan pemakaian pangkat serta penyampaian sijil kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan peringkat Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor.
Aturcara majlis dimulakan dengan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 yang dibacakan oleh TPP Muhammad Faris bin Rusli serta Pemakaian pangkat melibatkan tiga (3) anggota dari Koperal Penjara ke Sarjan Penjara dan empat (4) anggota Wadar Penjara ke Koperal Penjara. Turut melibatkan dua (2) kakitangan awam menerima kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 dan DG44. Majlis ini juga turut disampaikan sumbangan Tabung Prihatin Covid-19 Siri 1 yang melibatkan empat (4) kakitangan yang disampiakan oleh PKP Wan Rosli bin Dollah, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam. Akhir majlis, turut dibacaan perutusan tahun baharu 2022 Komisioner Jeneral Penjara.