Ceramah Koreksi Diri 2022 Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Rabu, 26 Januari 2022. Antara pengisian program ialah Ceramah Koreksi Diri yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Izafri bin Ahmad, Penceramah Jemputan merangkap Pakar Motivasi, dan Sesi Soal Jawab bersama penghuni. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan pada setiap awal tahun bagi memberi kesedaran kepada penghuni berkaitan azam dan matlamat kehidupan. Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh PPP Ismail Nasaruddin bin Mat Awi, Ketua Unit PPI, Penjara Taiping. Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari yang melibatkan seramai 130 orang penghuni.