Pada 8 Februari 2021 bertempat di Dewan PPI, Penjara Pusat Miri, Unit Pemulihan telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Pusat Miri Tahun 2022. Seramai 20 orang penghuni yang layak telah mengikuti program tersebut. Program ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan dalam suasana norma baru.
Program telah disempurnakan oleh PKP Achon Anak Tadeng, Pengarah Penjara Miri dan dihadiri oleh pegawai-pegawai lain-lain pangkat. Objektif program ini diadakan untuk memberi peluang kepada penghuni untuk meraikan Tahun Baru Cina walaupun tanpa kehadiran keluarga di samping mengeratkan silatulrahim antara penghuni. Majlis bersurai pada jam 11:30 pagi.