Pada 21 hingga 22 Januari 2022 (Jumaat & Sabtu), Unit Latihan Institusi dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Dusun Dato’ Murad serta Persatuan Penduduk Dusun Dato' Murad telah menganjurkan Program Sukan Rakyat peringkat Institusi Penjara Dusun Dato’ Murad. Program yang berlangsung selama dua hari itu turut melibatkan keluarga dan anak-anak kakitangan Institusi. Majlis telah dirasmikan oleh TPP Muhamad Asyraf Bin Abdullah, Timbalan Penguasa Institusi.