Pada 26 Januari 2022 (Rabu) Unit Agama Pusat Koreksional Puncak Alam telah diadakan Kursus Asas Pengurusan Jenazah tahun 2022 bertempat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah (MTAJ) Bukit Jelutong, Selangor. Kursus ini melibatkan pegawai dan anggota dari Seksyen Pengurusan Banduan PKPA dan bertujuan sebagai penyegaran semula dan pemantapan kepada peserta berkaitan ilmu asas pengurusan jenazah agar dapat dipraktikkan di masa hadapan disamping dapat dikongsi dan disampaikan semula kepada penghuni di Pusat Koreksional Puncak Alam sebagai tambahan pada silibus pengajian sediaada. Penyerahan Sijil kepada peserta dan cenderahati kenangan kepada pihak Masjid Tengku Ampuan Jemaah (MTAJ) telah disempurnakan oleh IP Zulhairi bin Muhamad, Ketua Unit Latihan.