19 – 20 Januari 2022 (Rabu - Khamis) – berlangsung Program Daurah Remaja Islam Negeri Selangor, Pusat Koreksional Puncak Alam dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Sektor Pengurusan Banduan, PKPA . Program ini diadakan bagi memberikan semangat serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam perkara-perkara asas fardhu ain kepada penghuni di institusi ini.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mendedahan penghuni berkaitan Tahsin Solat, Wuduk, Pengurusan Jenazah, dan Motivasi. Seramai sembilan (9) orang fasilitator yang diketuai oleh Encik Mohd Fazli bin Abdul Manaf selaku ketua jurulatih. Program ini telah dirasmikan oleh TPP Muhammad Faris bin Rusli, Ketua Sektor Pengurusan Banduan, Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor.