| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Matinpen Negeri Kedah Bilangan 1 Tahun 2022 Di Institusi Penjara Sungai Petani, Kedah

11 Januari 2022 (Selasa) – Institusi Penjara Sungai Petani telah dilantik oleh TKP Zawari bin Abd Rashid, Pengarah Penjara Negeri Kedah untuk menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Majlis Tindakan Penjara (MATINPEN) Negeri Kedah bilangan 1 tahun 2022. Mesyuarat turut dihadiri oleh TKP Dr. Kamsiah binti Kamin, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, PKP Nazri bin Mohamad, Pengarah Penjara Sungai Petani, PKP Raja Mohd Amazon bin Raja Daud, Pengarah Penjara Alor Setar, PKP Ahmad Zulkarnain bin Abdul Khalid, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena, TPP Mohd Nizam bin Nazri, Komandan Penjara Satelit Kulim, PPP Azahari bin Malim, PYM Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, KIP Mohd Fadly bin Ahmad Nor, Komandan Pusat Reintegrasi Penghuni Industri, dan beberapa pegawai kanan mewakili institusi Penjara Negeri Kedah. Turut berlangsung Mesyuarat JKPAK dan Mesyuarat JKPA Peringkat Penjara Negeri Kedah pada hari berkenaan sebelum Mesyuarat MATINPEN dimulakan dengan kehadiran wakil-wakil pentadbiran dan asset institusi-institusi Penjara Negeri Kedah. Mesyuarat bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.05 petang.