10 Januari 2022 (Isnin) – Penjara Sungai Petani telah menganjurkan Karnival Bola Sepak Santai 6 sebelah di antara enam pasukan yang bertanding. Lima pasukan adalah daripada Penjara Sungai Petani di mana ahlinya diundi secara rawak daripada jumlah peserta yang mendaftar untuk menyertai karnival (Chelsea, Tottenham, Manchester United, Manchester City dan Liverpool) manakala satu lagi pasukan adalah pasukan jemputan daripada gabungan anggota Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda dan Pusat Reintegrasi Penghuni Industri (Arsenal).
Kejohanan berlangsung dalam format liga dirasmikan oleh PKP Nazri bin Mohamad, Pengarah Penjara Sungai Petani selaku Pengerusi Kelab Bola Sepak Penjara Sungai Petani. Permainan berkesudahan dengan Manchester City dinobatkan sebagai Juara, manakala Chelsea sebagai Naib Juara dan Tottenham di tempat ketiga. Hadiah dan Piala Pusingan disampaikan oleh PKP Nazri bin Mohamad.