Pada 21 Januari 2022 (jUMAAT) telah berlangsung Dialog Bulanan Bulan Januari 2022 dan telah dipengerusikan oleh PP Redzwan Bin Saghil@Yusof, Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Dialog ini dihadiri seramai 90 orang kakitangan institusi ini termasuk Pegawai Penjara dan Pegawai Awam. Dialog Bulanan dimulakan dengan penyampaian Sijil Anugerah Cemerlang 5 Bintang Audit Dalam KDN kepada Ketua Unit Kewangan, Puan Norlinawati dan seterusnya penyampaian sumbangan Tabung Prihatin Covid-19 kepada kakitangan institusi ini. Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pegawai Terbaik 2021 terbahagi kepada 3 kategori iaitu Pegawai Kanan, Pegawai Lain-Lain Pangkat dan Pegawai Awam. Anugerah ini diilhamkan oleh PKP Azhar Bin Ahmad, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Majlis berlangsung mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).